My Quote

makan la sepuas puasnyer! as long as u can to be happy ^^”

Sunday, October 16, 2011

Perkara yang paling pelik di dunia

gambar sekadar hiasan..

korang tau tak ape perkara yang paling pelik kat dunia ni..??
pelik kan, korang pon tak tau,
aku pon baru perasan..

Jom sekadar berkongsi bersama,Dan jadikan ini iktibar dan renungan bersama


Pelik ya..duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
Tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir ,
Tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya..betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya..tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,
Tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2,3 kali.

Pelik ya..susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

Pelik ya.. kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email mahupun di facebook,
Tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah,berfikir dua tiga kali..

wallahua'lam...



pelik kan?? saya pun pelik, kenapa ..

credit to iluvislam.com

3 people give me StaR:

Anonymous said...

a'ah kan. peliknyer

Niena Farrah-Hana said...

lumrah kehidupan..

Ana Farhana said...

mmg pelik... =,=